Bila seseorang mula bercerita pasal alam ghaib pasti akan ada cerita mengenai dunia bunian iaitu
sebuah dunia yang dikatakan terselindung disebalik dunia moden yang tidak dapat
dilihat oleh pandangan mata kasar.Tapi pada hakikatnya kesahihan betul ataupun
tidak cerita mengenai dunia bunian ini masih lagi tiada jawapan.......... Begitulah yang terjadi pada seorang pemuda yang bernama
wan salah seorang pelajar disebuah pusat pengajian tinggi yang selama ini hanya
mempersenda dan berkeras untuk tidak mempercayai mengenai alam ghaib sehingga
lah beliau sendiri bertekad untuk mencari apakah betul dan mahu membuktikan
kepada teman-teman yang lain bahawa alam ghaib itu tidak wujub serta wan juga
ingin tahu tentang apa yang di ceritakan oleh kawanya di kolej tempoh
hari,adalah cerita rekaan semata-mata mahupun benar. Sehingga lah pada suatu hari wan telah menerokai hutan
yang dinamakan bukit hijau yang dikatakan berpuaka dan sering menjadi buah
mulut orang kampung setempat mengenai kewujudan perempuan berpakaian putih di
sekitar kaki air terjun di bukit tersebut seorang diri,wan hanya berbekalkan
kekerasan hatinya terus meredah hutan bukit hijau tersebut dan masih lagi
mencari dimanakah air terjun yang dikatakan tempat perempuan berpakaian putih
sering muncul,selama tiga jam pejalanan wan di hutan tersebut tapi masih lagi
gagal menemukan air terjun tersebut dan fikiran wan mula pelik kerana seperti
yang diceritakan oleh penduduk setempat air terjun tersebut tidak lah jauh jika
dibandingkan dengan jarak yang wan telah berjalan,akan tetapi wan teruskan juga
pejalanan dan misi nya untuk menemukan air terjun tersebut sehinggalah wan
merasa amat penat dan kaki nya berasa berat untuk melangkah setapak demi
setapak,wan bertekad untuk berhenti rehat memandangkan hari masih lagi cerah. Setelah penat terasa semakin tiada,wan bangkit lalu terus
berjalan mencari lokasi air terjun tersebut,tanpa dia sedari bahawa hari
semakin petang dan malam akan menjelma,tapi pada wan itu semua bukan lah
penghalang untuk dia berpatah balik untuk tidak meneruskan rancangan nya bagi
membuktikan bahawa dunia ghaib tidak wujub,bisik hati wan yang menyebut lembut
"sekali wan melangkah pantang wan berundur",diperhatikan oleh monyet
dan penghuni hutan yang lain wan terus melangkah dan terus melangkah tanpa
ianya sedari hari sudah senja tapi air terjun yang di carinya masih juga tidak
di temui.wan berhenti seketika berdiri dan memperhatikan disekeliling nya.tapi
hanya pandangan hijau pokok-pokok dan daun-daun kering saja yang menghiasi mata
nya untuk seketika.kemudian wan bergerak pelahan untuk meneliti sama ada bunyi
air mahupun tak.semakin jauh wan masuk ke dalam hutan,semakin sejuk wan rasakan
dan tanpa wan sedari bayang rimbunan pokok yang disuluh matahari telah pun
tiada dan bermakna hari sudah malam,seperti mana yang wan telah jangka,ia telah
mengeluarkan lampu suluh yang dibawa bersama dan sekotak bekal makanan yang
dimasak nya dirumah sebelum wan bergerak masuk ke hutan. Dalam langkah-langkah wan tiba-tiba wan terdengar seperti
bisikan air dan bunyi cengkerik yang menghiasi malam,wan kemudianya berasa
gembira kerana air terjun yang sering dicerita kan oleh masyarakat setempat
memang betul-betul wujud,wan cuba menghampiri bunyi air terjun
tersebut,tiba-tiba wan tersentak dan terkejut bila terdengar bunyi seperti
seorang perempuan sedang menyanyi,alunan suara perempuan tersebut telah
mengukir jiwa dan raga wan untuk wan lebih menghampiri air terjun
tersebut,setelah sampai disebuah batu yang besar wan cuba untuk tidak
menunjukan dirinya pada perempuan tersebut,akan tetapi begitu wan kalah melawan
sikapnya yang suka terburu-buru dalam mencapai sesuatu,akhirnya wan melangkah
masuk dan cuba merapat kan diri dengan perempuan berpakaian putih
tersebut,beberapa langkah wan berjalan di atas batu berlumut hijau,kaki wan
menggeletar dan wan tergelincir di celah-celah batu berhampiran perempuan
tersebut,dengan tidak semena-mena tindakan wan itu tadi telah
menarik perhatian perempuan tersebut untuk menolong wan yang dalam keadaan
terbaring.
Diketika perempuan berbaju putih hendak menolong wan,wan
cuba untuk menyentuh perempuan tersebut kerana ia berasa sangat takut kerana
wan berfikiran aneh bagaimana perempuan secantik ini boleh berada di tengah-tengah
hutan tebal sedangkan di tengah-tengah hutan sebegini mana ada rumah kata
fikiran wan kedalam hati dengan mimik muka yang terkejut.Walaupun sikap berani
wan itu dikatakan tahap dewa,adakala nya wan ada juga sifat takut,
Wan dengan berani bertanyakan pada perempuan tersebut"hei perempuan
siapakah kamu dan mengapa kamu berada di dalam hutan tebal sebegini"lantas
perempuan berpakaian putih menyahut pertanyaan wan tadi,"wahai pemuda aku
lah penjaga hutan ini dan apa hajat kamu datang kemari"
wan terkejut lalu berasa seperti tidak sedap badan,maklumlah berada
ditengah-tengah hutan rimba seorang diri,tiba-tiba muncul pula seorang
wanita yang tidak di ketahui asal usul nya.
Secara tidak langsung perempuan tersebut telah mempelawa wan
untuk datang ke tempat tinggal nya oleh kerana hari sudah jauh malam dan wan
sendiri tidak tahu lagi dimana hendak mencari jalan keluar,wan kemudianya telah
bersetuju untuk ikut bersama perempuan itu ke tempat tinggal nya.
semasa disana wan cuba bertanyakan kepada perempuan tersebut"wahai perempuan'benarkah dihutan ini ada dunia bunian?"perempuan tersebut tersenyum lalu menjawab ya,wan tetap tidak puas hati lalu wan bertanyakan lagi,"kalau betul lah dihutan sebegini ada dunia bunian sila tunjukan pada ku".
Perempuan tersebut bersetuju untuk membawa wan ke tempat yang wan nak sangat pergi itu.
setelah beberapa belukar diredah,akhirnya wan bersama
perempuan tersebut sampai di suatu tempat yang terletak di dalam dunia
bunian,wan terkejut lalu senyap tanpa banyak bersoal.wan sebenarnya masih lagi
tidak berpuas hati dan kepala nya asyik betanyakan siapakah perempuan cantik
ini?semasa di tempat tinggal perempuan itu,wan bertanyakan lagi kepada
perempuan tersebut,mengapa dihutan sebegini boleh ada istana?kemuncak
penceritaan bermula,tidak semena-mena wan boleh melihat ada sebeuah istana
didalam hutan sebegini dengan dihiasi oleh sutera putih dan berbau wangi
hinggakan wangian nya itu tidak dapat ditandingi oleh perfume yang ada pada masa kini.wan
yang kini merasakan bagai di dalam syurga hampir terlena diantara dua alam yang
berbeza.semakin jauh perbualan wan dengan perempuan itu,semakin melayang juga
fikiran wan,tanpa disedari wan telah jauh hanyut dari dunia asal nya dan
semakin dekat dengan dunia bunian.
Wan secara tiba-tiba tersentak lalu terlintas bahawa ianya berada di alam lain,keadaan semakin cemas lalu wan melarikan diri,berputar-putar wan mencari jalan keluar akan tetapi tidak jumpa,tiba-tiba wan terjatuh kerana tersepak akar kayu dan tidak sedarkan diri.
sesedarnya wan dapati dirinya berada diatas sebuah batu besar dan wan terdengar seperti ada suara yang sedang memanggil nya.wan cuba menyahut kembali suara tersebut dan tidak semena-mena ada ada sekempulan lelaki datang kearahnya dengan membawa cahaya seperti lampu suluh.
kumpulan lelaki tersebut adalah penduduk kampung yang masuk kehutan untuk memcari wan kerana takut disorok oleh bunian bukit hijau.wan yang dalam keadaan penat dan tidak sedar apa yang berlaku telah dibawa keluar oleh penduduk kampung ke tempat yang lebih selamat.Akhirnya wan mempercayai apa yang dikatakan oleh penduduk kampung mengenai wujudnya dunia bunia di bukit hijau.sangkaan wan selama ini mengenai cerita yang dikatakan mitos itu adalah benar dan wan sendiri telah merasai misteri tersebut.
Dimakah kebenaran mengenai dunia bunia masih lagi menjadi tanda tanya semua pihak.
apakah istana yang wan lihat dihutan itu adalah benar mahupun itu fantasy wan semata-mata.
terpulang kepada individu untuk mempercayai tentang dunia ghaib ni.
sebarang kesilapan adalah berpunca daripada saya,dan perkongsian minat ini telah saya blogkan untuk sahabat saya mahupun pembaca diluar sana.
Cerita ini adalah rekaan semata-mata,ianya tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pun yang telah meniggal dunia.